Saturday, 28 January 2017

KBS Kapchai Endurance Race - Round 1 - 28/01/201

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sedikit update mengenai perlumbaan pada hari pertama.

Kelas 1 mempamerkan 6team

Kelas 2 dengan penyertaan paling ramai sebanyak 18 team.

Dan kelas 3 dengan 9 penyertaan...

Mari beramai2 esok kita saksikan race penuh debaran dan aksi.

Kelas 1 dan 2 akan bermula skitar jam 10.30am di dalam grid permulaan.






Tuesday, 24 January 2017

EDISI KE-5 KBS-MAM Kapchai Endurance Race 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Salam tahun baru 2017 kepada semua…

Dunia dua roda semakin menarik pada tahun ini. Seawall Januari pihak KBS dan MAM telah mengumumkan edisi ke-5 Kapchai Endurance Race.

Namun kali ini hanya 3 sessi kelayakan di jadualkan. Iaitu 28-29 Jan di litar Elite Speedway, Subang Jaya. 24-25 Feb di lItar Gokart SIC dan siri ketiga masih belum muktamad. Namun berdasarkan maklumat sekitar, kemungkinan besar akan di jalankan pada penghujung Mac di Litar baharu, Litar Tangkak, johor. Litar ini baru sahaja di serahkan pada pihak Cubprix bagi sessi 2017 pada Ahad lepas, 22 Jan 2017.
Pusingan akhir akan di jalankan pada 28-29 April 2017. Sedikit perubahan pada sessi Final Kebangsaan yang mana 4 edisi sebelum ini menggunakan format 4jam. Namun kali ini hanya 3jam, juga tambahan yuran RM300 bagi pasukan layak ke final sebagai yuran.
Bagi pusingan pertama kelayakan yang akan berlansung pada hujung minggu ini, pasukan GTX-XTREME Racing team telah mengesahkan pendaftaran untuk bersaing dalam kategori 120cc.
Di barisi pelumba lama dan baharu. Di harapkan kali ini kami Berjaya untuk layak ke final sekali lagi.
Kami di barisi oleh, Ibrahim Mohamed Ngadon(sayalah tu) selaku pengurus pasukan. Normaisarah Samad selaku pembantu pengurusan dan kebajikan. Asri Sahal dan Aidil Izzat selaku crew teknikal dan  3 orang pelumba Aiman Mat Shah, Muhammad Amir Mat Shah dan pelumba baru kami Muhammad Nur Izzat Roshidi.

Mesin kami tahun ini masih kekal bersama jentera Modenas, sedikit pembaharuan ke model CT110 daripada model lama Kriss 110 yang telah kami belasah sejak edisi pertama perlumbaan Endurance.
Berdasarkan maklumat dari penganjur, tahun ini penaja tayar masih dari Syarikat MAXXIS. Model tayar masih belum dapat di pastikan samaada masih Volans atau model baharu dari Maxxis.

Dengan keadaan cuaca kini yang sering hujan, kami menjangkakan perlumbaan dalam keadaan litar basah. Disini cabaran utama adalah tahap cengkaman tayar. Berdasarkan pengalaman bersama Volans di edisi-4, tahap cengkaman dalam litar basah agak mengerikan. Sama-samalah kita berdoa dapat cuaca yang baik pada hari perlumbaan agar aksi-aksi menarik dan mendebarkan dapat dipamerkan para pelumba. Namun jika litar basah mungkin kita dapat lihat munculnya kelibat si raja litar basah. Sama-sama kita nantikan.

Akhir kalam, doakan kejayaan kami pada edisi kali ini.

layout Litar Elite Speedway