Assalamualaikum
dan salam sejahtera…
Salam tahun
baru 2017 kepada semua…
Namun kali
ini hanya 3 sessi kelayakan di jadualkan. Iaitu 28-29 Jan di litar Elite
Speedway, Subang Jaya. 24-25 Feb di lItar Gokart SIC dan siri ketiga masih
belum muktamad. Namun berdasarkan maklumat sekitar, kemungkinan besar akan di
jalankan pada penghujung Mac di Litar baharu, Litar Tangkak, johor. Litar ini
baru sahaja di serahkan pada pihak Cubprix bagi sessi 2017 pada Ahad lepas, 22
Jan 2017.
Pusingan
akhir akan di jalankan pada 28-29 April 2017. Sedikit perubahan pada sessi Final
Kebangsaan yang mana 4 edisi sebelum ini menggunakan format 4jam. Namun kali
ini hanya 3jam, juga tambahan yuran RM300 bagi pasukan layak ke final sebagai
yuran.
Bagi pusingan
pertama kelayakan yang akan berlansung pada hujung minggu ini, pasukan
GTX-XTREME Racing team telah mengesahkan pendaftaran untuk bersaing dalam kategori
120cc.
Di barisi
pelumba lama dan baharu. Di harapkan kali ini kami Berjaya untuk layak ke final
sekali lagi.
Kami di
barisi oleh, Ibrahim Mohamed Ngadon(sayalah tu) selaku pengurus pasukan.
Normaisarah Samad selaku pembantu pengurusan dan kebajikan. Asri Sahal dan
Aidil Izzat selaku crew teknikal dan 3
orang pelumba Aiman Mat Shah, Muhammad Amir Mat Shah dan pelumba baru kami
Muhammad Nur Izzat Roshidi.
Mesin kami
tahun ini masih kekal bersama jentera Modenas, sedikit pembaharuan ke model
CT110 daripada model lama Kriss 110 yang telah kami belasah sejak edisi pertama
perlumbaan Endurance.
Berdasarkan
maklumat dari penganjur, tahun ini penaja tayar masih dari Syarikat MAXXIS. Model
tayar masih belum dapat di pastikan samaada masih Volans atau model baharu dari
Maxxis.
Dengan keadaan
cuaca kini yang sering hujan, kami menjangkakan perlumbaan dalam keadaan litar
basah. Disini cabaran utama adalah tahap cengkaman tayar. Berdasarkan pengalaman
bersama Volans di edisi-4, tahap cengkaman dalam litar basah agak mengerikan. Sama-samalah
kita berdoa dapat cuaca yang baik pada hari perlumbaan agar aksi-aksi menarik
dan mendebarkan dapat dipamerkan para pelumba. Namun jika litar basah mungkin
kita dapat lihat munculnya kelibat si raja litar basah. Sama-sama kita
nantikan.
Akhir kalam,
doakan kejayaan kami pada edisi kali ini.
layout Litar Elite Speedway

Nice blog for Bajaj Hair Oil
ReplyDelete