Saturday, 28 January 2017

KBS Kapchai Endurance Race - Round 1 - 28/01/201

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sedikit update mengenai perlumbaan pada hari pertama.

Kelas 1 mempamerkan 6team

Kelas 2 dengan penyertaan paling ramai sebanyak 18 team.

Dan kelas 3 dengan 9 penyertaan...

Mari beramai2 esok kita saksikan race penuh debaran dan aksi.

Kelas 1 dan 2 akan bermula skitar jam 10.30am di dalam grid permulaan.






Tuesday, 24 January 2017

EDISI KE-5 KBS-MAM Kapchai Endurance Race 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Salam tahun baru 2017 kepada semua…

Dunia dua roda semakin menarik pada tahun ini. Seawall Januari pihak KBS dan MAM telah mengumumkan edisi ke-5 Kapchai Endurance Race.

Namun kali ini hanya 3 sessi kelayakan di jadualkan. Iaitu 28-29 Jan di litar Elite Speedway, Subang Jaya. 24-25 Feb di lItar Gokart SIC dan siri ketiga masih belum muktamad. Namun berdasarkan maklumat sekitar, kemungkinan besar akan di jalankan pada penghujung Mac di Litar baharu, Litar Tangkak, johor. Litar ini baru sahaja di serahkan pada pihak Cubprix bagi sessi 2017 pada Ahad lepas, 22 Jan 2017.
Pusingan akhir akan di jalankan pada 28-29 April 2017. Sedikit perubahan pada sessi Final Kebangsaan yang mana 4 edisi sebelum ini menggunakan format 4jam. Namun kali ini hanya 3jam, juga tambahan yuran RM300 bagi pasukan layak ke final sebagai yuran.
Bagi pusingan pertama kelayakan yang akan berlansung pada hujung minggu ini, pasukan GTX-XTREME Racing team telah mengesahkan pendaftaran untuk bersaing dalam kategori 120cc.
Di barisi pelumba lama dan baharu. Di harapkan kali ini kami Berjaya untuk layak ke final sekali lagi.
Kami di barisi oleh, Ibrahim Mohamed Ngadon(sayalah tu) selaku pengurus pasukan. Normaisarah Samad selaku pembantu pengurusan dan kebajikan. Asri Sahal dan Aidil Izzat selaku crew teknikal dan  3 orang pelumba Aiman Mat Shah, Muhammad Amir Mat Shah dan pelumba baru kami Muhammad Nur Izzat Roshidi.

Mesin kami tahun ini masih kekal bersama jentera Modenas, sedikit pembaharuan ke model CT110 daripada model lama Kriss 110 yang telah kami belasah sejak edisi pertama perlumbaan Endurance.
Berdasarkan maklumat dari penganjur, tahun ini penaja tayar masih dari Syarikat MAXXIS. Model tayar masih belum dapat di pastikan samaada masih Volans atau model baharu dari Maxxis.

Dengan keadaan cuaca kini yang sering hujan, kami menjangkakan perlumbaan dalam keadaan litar basah. Disini cabaran utama adalah tahap cengkaman tayar. Berdasarkan pengalaman bersama Volans di edisi-4, tahap cengkaman dalam litar basah agak mengerikan. Sama-samalah kita berdoa dapat cuaca yang baik pada hari perlumbaan agar aksi-aksi menarik dan mendebarkan dapat dipamerkan para pelumba. Namun jika litar basah mungkin kita dapat lihat munculnya kelibat si raja litar basah. Sama-sama kita nantikan.

Akhir kalam, doakan kejayaan kami pada edisi kali ini.

layout Litar Elite Speedway

Friday, 4 November 2016

Kesunyian di 2016

Alahai...

Endurance race tak de tahun ni...da give up da nk mengharap.

team pun sunyi je da...


sedeyh....

Monday, 23 November 2015

Final Endurance Race 2015

Assalamualaikum,

Entri kali ni untuk update pre-final Endurance race. Atas beberapa sebab yg tak dapat nk elak dan cari solusi sebab masa dapat tahu perubahan ni pun da tinggal seminggu sebelum race. Jadi kami telah mengugurkan penyertaan Team GTX XTREME RTR, dan hanya meneruskan penyertaan bersama team GTX XTREME RS.



 Thanks to our new team partner, abg Salleh yg berjaya mendapatkan sponsor daripada Farthie SpeedWorks (https://www.facebook.com/Farthie-SpeedWorks-699636940072385/), maka team kami kini bergelar GTX XTREME RS FSW Moto. Di harap kerjasama yang terjalin ini berkekalan untuk projek2 yang akan datang. Amiin..

Nantikan kemunculan kami di litar Antarabangsa Sepang Ahad ini 29/11/2015 untuk 4 jam aksi dan drama tanpa henti bermula pada jam 2 petang. Dengan jentera bernombor 51, di barisi Shaziq Bin Shah, Aiman Fahmi bin Mat Shah, Mohd Sallehudin Bin Ja'afar dan saya sendiri, Ibrahim Mohamed Ngadon (xtau camno jd Ngazery ateh tu).


Bawah ni jadual perlumbaan,




untuk penonton masuk adalah percuma, jadi mehla meriahkan SIC hujung minggu ni..




Friday, 28 August 2015

After Race round 1

hi,

back again with the update from last week race at MIMC, Melaka.

we did get 8th place. luckily this year due to less round, they change the qualification for qualify to final from top 5 to top 8 team.

so proudly saying here we are going to Final this November.

but we still will join the race in SIC Go Kart trek this 19-20/09/2015. to test our 2nd engine.

will be back with pic..



Friday, 21 August 2015

INTRODUCTION - The Beginning

Hi,

This blog solely for updation on GTX-XTREME RS racing team update story, review and our journey.

This team started back 4 years ago with objective and focus on MAM Kapcai Endurance race.

We did make to the final race in the 1st race edition. But no luck in 2nd and 3rd edition.

This year will be the 4th edition of the race. Still loyal to Modenas machine with AN110 engine. We up and ready for this season challenge.

The first round will be held in MIMC, Ayer Keroh, Melaka. It will be held from 22-23rd August 2015 with one new rider Mr. Ajib and original rider and still the best cum our head of R&D and T&M, Mr. Aiman.


Please pray for our success this weekend. will update again after the race.